ISLAM

Tujuan Pendidikan Islam

Pendidikan Islam yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Pendidikan Islam Terhad, iaitu berdasarkan kepada sub subjek yang ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah terdapat sub subjek seperti berikut:



Sekolah Rendah:

1.0. Asuhan Tilawah Al-Quran.

Ia mengandungi perkara-perkaran yang berkaitan dengan mengenal dan menyebut huruf hijaiyah, membaca, menghafaz dan memahami maksud atau tema ayat yang dibaca dan dihafaz.

2.0. Asas Ulum Syari`yah

Ia mengandungi:
Aqidah
Ibadah
Sirah

3. Asas Akhlak Islamiyah
mengandungi asas akhlak dan adab untuk diamalkan oleh orang Islam

Sekolah Menengah

1.0. Tilawah Al-Quran

Ia merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman

2.0. Ulum Syar`iyah (Teras)

Ia mengandungi:
Aqidah
Ibadah
Sirah
Institusi Islam
Akhlak

Mata pelajaran (Elektif) mengandungi

Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
Pendidikan Syar`iyah Islamiyah
Tasawwur Islam.

Semua pelajaran ini diajar menuju ke satu matlamat sahaja, iaitu melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk itu, guru seharusnya faham dan jelas tujuan mengajar dan belajar dan segala aktiviti dalam dan di luar bilik darjah. Antara tujuannya berdasarkan sub mata pelajaran ialah seperti berikut:


*Pengajaran Tilawah Al-Quran. Antara tujuannya ialah:
- Dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf Al-Quran dengan betul dan fasih

- Dapat membaca Al-Quran dengan baik, betul dan fasih

- Mengetahui makna ayat-ayat yang dibaca

- Menghayati ajaran ayat yang telah dipelajari

- Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan memahami maksud ayat tersebut

Dengan demikian, guru mesti berusaha memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, termasuk cara sebutan makhraj dan sifatnya serta lagunya, kerana pelajar akan meniru cara guru membaca Al-Quran. Guru mesti cuba pastikan bahawa setiap kali pelajaran Al-Quran, pelajar mendapat sesuatu yang baru daripada Al-Quran. Dengan cara ini pelajar tidak jemu belajar Al-Quran, malah terasa rugi kalau ia tertinggal, serta ia merasa Al-Quran itu sentiasa baru, bukanya suatu yang ketinggalan zaman. Pelajar mengetahui bahawa Al-Quran sentiasa menyentuh tentang dirinya.

*Ibadah.
-Supaya pelajar dapat mengetahui apa dia ibadah dan apa jenis-jenis ibadah

- Dapat melakukan ibadat dengan betul, sah dan diterima oleh Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya

-Dapat pahala ibadat bagi urusan lain dalam hidup. Seperti bekerja, menolong orang, menjaga kebersihan, kesihatan, mengasihi binatang, taat ibu bapa, horamat guru, berkahwin dan lain-lain

-Supaya pelajar tahu apa-apa jenis pekerjaan yang haram bekerja, juga tempat-tempat yang tidak diharuskan bekerja dan yang mana pula yang hurus.

-Pelajar mengetahui jenis-jenis makanan dan minuman yang diharuskan dan yang diharamkan, di samping itu menanam rasa tanggungjawab supaya melakukan yang harus dan menjauhi yang haram

-Mengetahui jenis-jenis tindakan, pekerjaan, pengurusan, serta pentadbiran yang baik yang dianjurkan oleh Islam serta jenis-jenis pengurusan yang salah dari perspektif Islam

-Supaya tingkah laku dan tidndakan pelajar hingga mereka dewasa tidak bertentangaan dengan ajaran Islam.


*Aqidah
-Menerapkan `aqidah yang benar kepada pelajar

-Mengukuhkan kepercayaan kepada Allah yang Esa

-Menanamkan keyakinan terhadap rukun-rukun Iman yang enam

-Percaya kepada perkara ghaib seperti yang khabarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah

-Mengelakkan daripada kepercayaan sesat

-Menjauhkan daripada amalan syirik dan khurafat

-Menanamkan roh cintakan agama

-Mencintai Rasulullah dengan bersedia mengikuti sunnahnya dan meninggalkan larangannya

-Mengetahi sifat-sifat Allah dan rasul


*Akhlak
-Memahami Islam secara syumul

-Memahami konsep akhlak dalam Islam dan mengamalkannya

-Menghayati cara hidup Islam dengan sempurna dan menyeluruh

-Menjauhi cara hidup liar, sesat dan merosakkan

-Melatih tata cara bergaul yang sempurna dan harmoni

-Beradap dengan orang, terutamanya yang lebih tua dan berpangkat

-Bertamadun, iaitu dapat bergaul dengan orang Islam dan bukan Islam, serta mengasihi binatang

-Menjaga alam sekitar

-Rela berjuang untuk menegakkan yang benar


*Sirah
-Mengenali Nabi s.a.w. dan sahabat dengan lebih dekat

-Mencintai Nabi s.a.w. dan keluarganya

-Menginsafi terhadap perjuangan Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam

-Merasai betapa susahnya hendak menegakkan agama Islam – Untuk masa sekarang – ialah untuk mengamalkan ajaran Islam

-Mengenali ulama dan pejuang-pejuang Islam

-Meniru dan mengambil pengajaran daripada perjuangan orang yang terkemuka

-Menyelidik hasil karia orang terkemuka dan mengambil faedah daripadanya


*Institusi Islam
-Mengenal Islam sebagai agama yang mempunyai organisasi yang cukup lengkap

-Mengetahui jenis institusi Islam dan peranannya; seperti institusi keluarga, masyarakat, kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan, pemerintahan, syura, ketenteraan, keselamatan, sosial dan sebagainya

-Mengetahui dengan lebih dekat peranan setiap institusi dan kepentingannya terhadapat pembangunan masyarakat Islam setempat dan masyarakat sesebuah negara


*Sumber : pendislami.tripod.com

Leave a Reply

Designer: Suzana | Disclaimer: Suzana Ismail
UPSI STUDENTS